6 Mac 2016 - 14:55
Penduduk Raqqa sokong tentera Syria

Pemerintahan khalifah menurut ISIS bakal terhapus dari peta dunia

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24.com) - Sejumlah besar penduduk awam memenuhi jalan di Raqqa bagi menyatakan sokongan terhadap tentera Syria yang baru sahaja mengalahkan pasukan pengganas di seluruh negara terutamanya di wilayah Timur dan Timur Laut.

Bendera Syria turut berkibaran di celah-celah tunjuk perasaan di sekurang-kurangnya lima kawasan di al-Dareiyeh, al-Ramileh, al-Ferdow, al-Ajili, al-Bakri, termasuk jalan Tal Abyadh dan jalan al-Mansour.

Tentera Syria berjaya membebaskan 50 kampung yang sebelum ini dicengkam pengganas ISIS di Timur Aleppo sejak Oktober 2015.

Selain itu, pasukan tentera kerajaan maju ke 45 kilometer di jalan yang menghubungkan Hama dan Raqqa. Mereka telah pun tiba di Barat Raqqa. Dalam masa yang sama pejuang Kurdis YPG dan SDF berjaya mengawal penuh kawasan Utara Raqqa.

Berdasarkan kemaraan tentera Syria, pemerintahan khalifah menurut fahaman ISIS bakal dihapuskan dari peta dunia tidak lama lagi.